from MAHAGURU58 by MAHAGURU58
Tahun 2010 ini bermula dengan berita paling mendukakan hati umat Islam di Malaysia bilamana keputusan seorang Hakim Kaffir di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa kuasa Khas), Lau Bee Lan mengeluarkan perintah kehakiman bahawa Gereja Katolik Malaysia boleh menggunakan istilah 'Allah' didalam penerbitan gereja mereka semalam!
Soalan saya.
Kemanakah menghilangnya suara kesekelian Sultan Sultan Melayu yang digembar gemburkan sebagai 'Ketua Agama Islam' di Malaysia ini?
Sikap berdiam diri dan berkecuali yang diambil Sultan Sultan dan Raja Melayu sekian lama ini bila maruah Ad Deenullah diperlecehkan oleh pihak pihak Kaffir dengan menggunapakai istilah 'Allah' didalam penerbitan mereka untuk 'tuhan' sembahan mereka kini membuahkan hasilnya dengan perintah seorang hakim kaffir untuk memutuskan tentang perkara yang amat penting sekali ini menyentuh bab Akidah umat Islam di dalam negara yang kononnya 'Negara Islam'!
Hakim kaffir ini dengan beraninya telah membuat keputusan kehakiman yang menyentuh kesucian Agama Islam, satu satunya agama untuk dianuti oleh manusia yang diwahyukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Rabbul Alamin melalui kesekelian para nabi dan rasul rasulNya!
Saya percaya ramai dikalangan umat Islam di tanahair kini sedang menggelegak darah masing masing dengan keputusan hakim yang kaffir ini.
Siapa lagi yang harus kita pertanggungjawabkan jika bukan Sultan Sultan dan Raja Melayu yang membiarkan perkara ini meruncing sehingga pihak Kuffar kiniberpesta sakan dengan keputusan Mahkamah Tinggi ini yang mencalit arang ke muka Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan 1Malaysia yang dicanang Si Bibir Merah, Perdana Menteri?
PM 1Malaysia ini yang 'play safe' tidak berani bangun bertegas membela dan mempertahankan maruah Ad Deenul Islam dengan menuruti segala tuntutan pihak kaffir yang mempunyai agenda besar meluaskan pengaruh kuasa politik mereka dan melampaui kedudukan Agama Islam di negara ini?
Saya rasa begitu kecewa!
Teramat kecewa sekali dengan peristiwa ini dan menyumpah akan semua mereka yang terbabit kerana gagal!
Gagal mempertahankan kesucian Ismul Allah dari dicemari sang kaffir.
Mulai tahun 2010 ini, jangan terkejut jika nanti anda melihat tokong tokong tepi jalan dinamakan dengan 'Tokong Allah' begitu begini yang didirikan ikut suka hati pihak pihak kuffur di serata pelusuk tanahair ini!
Jangan terkejut nanti bila akan ada puak puak dikalangan rakyat Malaysia ini terkeliru dengan yang mana satu 'tuhan' orang orang Islam dengan 'tuhan' Allah sembahan puak sang kaffir harbi dinegara ini.
Salahkan kesekelian ahlul ulamak yang bagaikan 'ular didalam semak' dan Majlis Raja Raja yang terbukti hanya bagaikan bahan pameran di replika Kesultanan Melayu Melaka, mengumpul habuk dan debu, diam membisu serta membiarkan seteru seteru Allah bermaharajalela mencemar Ismul Suci Nya!
Apakejadahnya boleh dibiarkan seorang hakim kuffar menentukan boleh atau tidak sang kaffir menggunapakai istilah yang khusus untuk Allah Subhanahu Wa Ta'ala Rabbul Alamin dengan segala sembahan kaffir ini?
Sudah matikah kesekelian ahlul Majlis Fatwa Kebangsaan dan mereka yang kononnya menjadi pihak 'berkuasa' keatas urusan agama Islam di Malaysia ini?
Saya menyeru sekelian blogger Muslim supaya bersatu padu didalam membantah keputusan yang mencemar kesucian Ismul Allah ini dan berganding bahu bersama sekelian NGO NGO Islam yang sedang merancana satu badan bertindak menangani perkara ini.
Insya Allah akan saya umumkan tarikh dan masa tindakan yang akan kami ambil untuk mencabar keputusan yang sungguh tidak adil ini.
Diwaktu yang sama, saya hanya boleh bersimpati dengan golongan mereka yang bermuka muka berpura pura menyembah 'Allah' sedangkan hakikat penyembahan mereka hanya lah sesuatu yang di imaginasikan mereka sebagai Rabbul Alamin!